Wednesday, May 27, 2009

YA

SYEBI BURN TELAH MELAKUKAN SATU AKTIVITI YANG TAK BEST HAHAHA


1. Apa perasaan sekarang?
SAKET GUSI. SAKET GUSI. MESTI SEBAB MAKAN KEK TADI. AAAAAAHHHH


2. Saya nak makan
BBQ PORK TENDERLOIN. HBAHAHAHAHAAHAHAHAHAH. GILA KEJI.

SORI SAYA TENGAH TENGOK FOOD NETWORK AND DIAORG TENGAH GRILL PORK TENDERLOIN.


3. Saya tak suka
BILA GUSI SAKET. RASA NAK BAGI PENAMPOO KAT SEMUA ORANG JE. SIAPLAH DON NANTI *CRACKS KNUCKLES DENGAN MUKA EVIL*


4. Impian saya
SUPAYA GUSI SAYA TIDAK SAKET LAGI. BOLEY? SUSAH SANGAT KE HAAAAAAAA


5. Haiwan yang saya tidak suka
TIKUS, BUGS, SEMUT, NYAMUK, LIPAS, KATAK, EH BANYAKNYA.


6. Saya Harapkan
SAKET GUSI NI BOLEH HILANG DENGAN SEKELIP MATA SAHAJA. *POOF!*

7. Jika boleh di putarkan masa..
SAYA TIDAK AKAN JADI PELAHAP, SO MAYBE SAYA TIDAK AKAN MENJADI GEMOK SEPERTI SEKARANG. HAAA, BEST KAN WISH MACAM TU?

8. Saya pada 10 tahun akan datang...


ALIA 10 TAHUN AKAN DATANG.

HAHAHAHAHA APA KES TIBA-TIBA JADI SUPERMODEL..TAK LOGIK LANGSUNG SEBAB MANA BOLEH JADI CAUCASIAN...(TAPI JADI SUPERMODEL ADALAH LOGIK, HAHAHA)

9. Handfon saya adalah sebuah...
PIECE OF SHEIT!

HAHA OK OK, ADALAH BERWARNA HITAM.

OMAIGOD, I WANT TO EAT LOBSTER.

EH, TETIBA KLUAR TOPIK. HAHA. SAH-SAH MEMANG DASAR PELAHAP, BARU JE TADI BERANGAN NAK JADI SUPERMODEL


11. Saya pernah bercinta sebanyak....
NTAH, ADA LAH DUA TIGA KALI KOT. DULU SAYA AMAT HODOH, TAK DE ORANG NAK SAYA......CHEY, AKU CAKAP NI MCM SEKARANG DAH LAWA LA YER..HAHAHAHA!


12. Saya suka pada...
DON? HAHAHAHAHAHAA YUK YUK SILA MUNTAH


13. Kawan-kawan saya...
TAK BEST!!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAH U KNOW I LAP U GAIS!!


14. Pernah dikhianati?
PERNAH. KOT. NTAH, NASIB BAIK TAK INGAT. ANYWAY, KIL KILL DIE DIE!!!


15. Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
KILL KILL DIE DIE!!



HAHAHAHAHAHA MMG AKU SENGAJA TULIS DENGAN CAPS LOCK UNTUK MENUNJUKKAN AKU TENGAH JERIT NI, SEBAB SAKIT GUSI.

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Yum yum

Adik sakit perot lah hari nii (apakah tetiba nak panggil diri sendiri adik, gila gedikkkk, sila bagi penampooo sattt hahaha) rasa perot prot prot prot. jhahahaha ni bunyi kentut dalam perut...apa korang tak pernah ke?

Lately weather macam gampuaannggg hokey, sakit hati makk (kejap adik, kejap mak...schitzoprenic kahh aku ni). Hujan je senantiasa, hari hari hujan, macam mana ibu gajah ni nak mandi pool?? Agaknya sebab tu sakit perot kot..sebab tak kluar mana-mana so ended up with makan jee.

Speaking of makanannnn, wah, terus semangat aku ni, haha, nampak sangat pelahap. Here are some pictures of makanan....oklah, bukan makanan, tapi chef yang memasak...


Suka aku kan bila ada orang masakkan! (eh, bukan selama ni mmg ada orang masakkan keee)


Menu hari ini: Chappati dengan potato dip. Haa, kempunan makanan Malaysiaa nook. Nasib baik mak aku ada packed kan chappati beku hari tuu. And Don ni memang suka betul chappati with potato dip, so he made the dip, alkisahnya haku mmg ngak reti nok nak buat dip tu mcm mana.


Tengok lah tu, bersungguh-sungguh dia buat dip tu haa. Potato dia rebus dengan kari powder..jadilah kari kentang..hahah! Ok lah, apparently masa dia baru-baru balik dari Malaysia hari tu, he's been making chappati dgn dip ini sendirian. Ni kira dia nak tunjuk bakat lahh haha


Oh, selain chappati, Don juga merupakan chef hari ini untuk mem-bake chocolate cake. Yippe! Aku sokaaa! Aku sokaaa! Bau dapur tu membuatkan aku poningg nokk, ye la, bau kari + cokolat. Agaknya bau tu kuat sangat sampai mak Don pon terbangun dari her nap. Teruih la aku kasi satu pinggan chappati + dip. Cepat-cepat aku bagitau kalau tak sedap, sila salahkan Don..hahahaaaaa.

Lawak gilaaa hokeey, masa kat meja makan tu, mak dia boleh lagi tunggu kitaorg terjah dulu..siap cakap "I'm just waiting for you guys to take a bite..because I don't know how to eat this" hahahahaha lawaakkkkk!



Selain menjadi chef, dia juga meropakan dishwasher bergerak..hahahah. best kan dapat buli orang macam ni? Kalo kat rumah sendiri..alamat aku lah yang kena buat semua niiii


Dimanakah tuan puteri kau tanya?











Bergembira di patio sambil meng-cam whoring!


Thumbs up sebab aku mempunyai bank + chef + dishwasher bergerak sendiri

hahahahahahahaha

Ok lah, saya mau makan kek! Bai!

Monday, May 25, 2009

Window

This Saturday ada party..and I'm terketar-ketar sebab mesti aku kena senyum meleret dan kena bermingle-mingle around. The party's gonna last for the whole day pulak tu, matiler kena tolong kemas rumah. Kan best kalau ada robot pengemas rumah ataupon maid? Eh, apa tetiba mengarut.

Anywayyyy, as I'm typing this, aku tengah mengomel-ngomel to Don sebab aku kan Queen of Rantings kannnnnnnn (eh, bukan ranting dahan), mesti lah ada je yang tak kena. Haha. Ok lah, it's not his fault yang laptop ini bermasalah and that made me had to put it on the table instead of on the carpet yang selama ini aku letak...ok wait, it's his laptop so aku akan tetap blame it on him!

Ha! Amik kau!

So anyway, since I can't put it on the floor anymore, terpaksalah aku move to the proper desk and terpaksalah jugak aku berjauhan dengan tingkap kesayanganku ituuwwww. Ok so the desk is beside a tingkap, tapi tingkap ini tak boleh bukak!!! Benci tau! Nama je tingkap banyak, tapi satu je boleh bukak!!! Ntah kenapa tingkap-tingkap lain tu stuck, tak tau lah!!


The complete workdesk..dengan my painting stuff, talipon tengah charging, sebelah tingkap yang amat shitty sebab tak boleh bukak.


Tak suka tau, sebab tak der fresh air masuk!! Ada ke Don suruh aku hidu pokok tu untuk udara segar (cakap sambil ketawa)??!



This is my favorite window!!!!! Tengok tu, tingkap boleh bukak. Tak cukup dengan fresh air masuk? bawah tu ada ventilation system lagi! Syiokkkkk tauuu!

Eh, cacat gila aku ni, satu entry ni cakap pasal tingkap...saiko gila!! Hahahaha, nampak sangat lah memang tak der cerita, cerita pasal tingkap pon jadi la kann!!

Sunday, May 24, 2009

Berita terkini! Chey, macam berita tv 3 tak?



I'm still shocked. Uncle dah re-nikahhhhh Thursday hari tu and no one told me until I called home today!

I mean I can understand lah cause I'm far far from home, tapi even my sister yang kat Universitanggg tu pon ngak tau. Apa niiii tergempar sangat kaahhh.

Haha.

Ayahhhh, if you're reading thissss congratulationssssssssssssss i lap u!

Saturday, May 23, 2009

Hectic Saturday

Ashley (Don's 15 year old niece) came over and spent the night yesterday. We were supposed to swim, tapi hari adalah busy macam orang gila sebab pergi shopping tak tentu hala and malam pulak sejuk macam celaka.

But syiok gila ok having her aroundd. She could just pull a cute face to Mommy Miller and say "You know I love you mawmaw...." blink a couple of times...and mak Don would be like "I love you too honey..what do you waaaaannntt.." Hahah best ok! We used her the whole day semalam! Haha pergi Walmart, pegi Subway, pergi Video store, pergi Carolina Mall..hahaha syioookk!


Camera gegar sebab Don ialah sakai (apa kaitan? haha tak der kaitan, saja mau panggil dia sakai)


Part of downtown Kannapolis. I should stop kat Dale's statue to tangkap gambar when Mommy miller offered..tapi mana ada kelassss nak tangkap gambar kat tepi jalan mekkk. Malu ai. Hahaha, ni gmbar semua taken dalam kereta.


Same thing. Itu church yang ke berapa ratus ntah aku tak tau. Banyak gila churches ok.


Mommy Miller with Ashley on the way to Salisbury.

Masa kat Carolina Mall, aku kena tahan nafsu siooottt. Best gila baju baju lagi banyakk dan murah sebab Memorial Day sale kann. Benci tauuu. Don was like "Which store do you want to shoppppp"..dengan muka seposen sebab dia tau aku akan membelanjakan duit dia lagi. Hahah. Seriously! Semenjak datang sini, seposen pon aku tak keluarkan dari my purse. best kan ada bank bergerak macam ni? Hahaha!

Anywya, I ended up with nothing lah, kesian lah asyik kena belanja je..nak belanja dia tak mampu..sebab he's into games..and sini mana ada pirated games okkkkkkkkk, satu game harga $60.

I got to see the rest of the kids too (Don's nieces and nephews) today. They're just sooo adorableeeeee. Kept on hugging me. Tatau la whether they see me as a bantal bergerak ke memang diorg suka peluk..tapi lantak laaa, they're soooo cuteeee. Logan was sleeping when we came over. taperrrr, nanti masa party, they'll come over and akan ku gomol gomol si kenit ituwwww. Eh, bunyik macam pedophile bersiri.

Today's Melody birthday jugakk. Banyak kan events hari ni? We went to Chilli's to celebrate it. Kenkononnya diorg nak grilling fish kat backyard, tapi naseb baik hujannn..(sebab aku nak keluarrr lahh!)



Melody getting drunk. I think..heck, aku tak boleh differentiate when she's drunk or when she's not. Hahah. Itu glass yang ke 3 kot. She was spitting sexual innuendos all the way. Lawak gila hokeeyyyy. Sakit perot aku gelakkk! Tengok lah tu, siap thumbs up sebab nak tunjuk yang minuman dia best. Haha


Wayne (Melody's husband) getting drunk too. Hahaha. Dia tu saja je pegang minuman tu sebab nak masuk dalam gambar. Suka tau diorg ni. Oh Wayne is Don's dad's brother..Don's uncle lah. Blood related.


The parents. Tengok tu ayah Don nak jugak masuk quorom kenkonon pegang liqour..padahal tu iced tea ok. Hahaha


Alia dan si monyet (eh suka hati je kan aku panggil dia sakai, monyet haha). Monyet ni pon sama ok. Tu bukan liquor, it was Blackberry iced tea. Sedaap hokeeyyy, rasa ribena blackcurrent campur teh. Haha. Dan seperti biasa, mukaku adalah comot. Sila fokus kepada perempuan berbaju putih belakang itu. Hahaaa

Oh hari ni jugak I played pool @ Wayne/Melody's basement! Haha first time main, tak pandai lah. Don gelak saja sebab aku kan ketot, so memang tak sampai badan nak tunduk tunduk suma tu. Ok lah, part of it sebab tayteks saya gorgeous ok. Hahahaha. Anyway, all the Millers (except Donnie) are there right now, playing pool. Diorang ajak, tapi saya adalah penat dan mahu berak.

Ok lah. Bai. Nak berak.

Friday, May 22, 2009

Friday dah ke??

omaigod, screw the pool, gimme spring back!!!

Panas ok. Aku datang jauh-jauh bukan nak merasa peluh atas kulit, I want senowww! (boleh tak mintak snow time time mcm ni?haha) I mean I thought kalau cuaca panas...boley la aku terjun dalam pool yang tersergam indah tu..tapi bila aku celup kaki on a very very hot day pon macam masuk kaki dalam freezer. Apakah??? Cuaca punyalah panas kat luar air, tapi dalam air...beku ok!!

Benci!

On ni nak kasi tau...we're going to Lake Normannnnn! yaaayyy! Aku pon tak tau macam mana rupa Lake Norman ni..tapi diorg cakap we're going to rent a boat dan bersantai dan memancing untuk mendapatkan sunburn....

Ha? me? sunburn? Sejak bila aku yang berkulit coklat ni boleh dapat sunburn? Matiler panas gila kalau aku balik mesia bertambah hitam, sila salahkan Don..haha tetiba nak salahkan orang yang separa bersalah ituww.

This weekend keluarga Miller ini ada buat parti sempena Memorial Day. Matiler aku kena prektis senyum ni..nanti adanya cramp mulut.

Oh hari ni kami nak ke Carolina Mall..yay! Nak beli boots..apa jadah aku nak beli boots time time hangat macam niiii mekkkk

Semalam, masa aku, Don dan mak dia dalam opis tengah berborak, aku ternampak gambar aku atas meja kerja mak dia..apakah tetiba ada gambar aku atas meja opis mommy nii (chey, mommy ok, glemerrr). Sambil aku beborak, sambil dekat kepala aku kat meja tu, nak make sure...takkan tetiba nak jerit jerit tunjuk "is dat mee?????", kot kot pelanduk dua serupa ke...mana tau kaaannnn. Then agaknya mak dia perasan kepala aku yang semakin dekat dengan kepala dia (hahaha description ntah apa-apa) dia tanya...

Mak Don: What's up honey??
Me: Is that a picture of me???? *sambil menjuihkan mulut ke gambar*
Mak Don: Yessss sweetiee! That's you!
Don: *menyampok* Yea and she put your picture infront of her son (bermaksud aku lagi disayangi oleh mak dia dari anak dia sendiri, bhahahahah)



Hahahahahah betui ahhh, gambar aku merata-rata kat rumah diorg nii. Bangga kejap. Kat bilik Don dah semestinya lah kan, tapi aku heran tu, kat dapur pon ada, kat opis mak dia pon ada!! AKu ni doter in law kesayangan ke?? haha ayat berani matiii

Anyway, setelah bontotku pulang ke tanah, baru aku sedar yang gambar Don gambar masa dia kecikkk. Alahai comei nyeeeee. Dan dan aku cakap

Me: Awww is that Donnie?? He WAS sooo cuteeee (aku guna past tense, haha saja mau meng-dramatik-kan suasana) I wish I could see more pictures of him!
Mak Don: OHHHHHH!!!! COME COME I HAVE A LOT OF ALBUMS TO SHOW U!!! *eksaited gila babeng okkkkkkkkkkk*


Hahahaha dan mulalah expedisi mengeluarkan album lama..banyak okkk. Dan dan tu jugak lah bapak dia datang kat kitaorg and Melody datang pulakkkk. Best gila okkk, diorg tunjuk gambar gambar lama!! Seronoksss! Macam satu keluarga bonding hokeyyyy. Don masa kecik comei gilaaaaa okkk, dengan rambut blonde diaaa, ohh rasa mau gegett.

Mak dia siap boleh cakap.."oh you see that girl? She was Don's first girlfriend! and they were only 6! The girl kept following him around!"

Aahahaha umur 6 tahun pon dah ada awek ke?? Dasar jantan! Hahahah eh tak lah, aku tak jeles.

Dan dan tu jugak lah Don menyampuk "Yeah..it seems that women can't get their eyes off me"...

...dan telah disiku oleh Alia. Haha what?

Ok lah ye, enough typing, kaki aku pon dah cramp ni, silalah menengok gambar ya! Tapi gambar tunggang langgang..ada gambar kelmarin, ada gambar semalam..


on the patio, Don menunjuk kerajinan..padahal he was messing with the thing..


Sami buddha sesat.


Nak jalan around the block pon nak bergaya kaaa. Eh, bergaya ke ni??


Masa tu panas gilaaaaa hokeeyyyyy! Matahari memancar-mancar!


After the walk, kami terus di picked up oleh ibundaa Don dan terus ke groceries store. Ni saja tangkap gambar sebab aku masih pelik tengok traffic lights diorang tergantung atas wayar. Kalaulah wayar tu putus jatuh atas kereta orang.....wahh, daya imaginasi tinggi ok.


Ni gambar semalam when the family was lepaking in the backyard. Tapi si Don ni telah membaling kasut ku dalam pool, sebab aku kutuk dia kot. Haha tka ingat apa aku cakap, but I made him get it back laah. Oh itu gambar bapak Don kat belakang tu untuk korang, silalah tatapi dengan teliti ok. Hahhahahahaha, eh yuks!

Wednesday, May 20, 2009

Ass

Haha macam bangang tauuuu, yesterday we went to Lowe's because the parents wanted to get something for the pool. So masa dalam kereta, I don't remember lah how the topic got into us women love mengambil gambar. Tetiba si ayah Don cakap:

Bapak Don: Ally took a picture of me when I was fixing the window yesterday...
Mak Don: Oh really? Well that's what we do! We like to take pictures of every little moments of our lives! Right Ally?? *she and I memang satu team okkk, girl powaaaa hahah*
Me: RIGHT!
Bapak Don: Naaa..I think she did it cause she wanted to take a picture of my bum.

HAhahahah !!!

ADA KAA?!?!?

Masa tu aku dok teringat kat korang yang cakap pasal betapa hotnya rupa bapak Don dari belakang. Ngeri ok tetiba pikir macam tu. Hahahaha

Time tu Don dah gelak terkekek-kekek, rasa mau cekik dia boley?