Wednesday, February 17, 2010

Aku suka Terengganu sebab aku ada kawan kawan yang best.

Kan tahun baru Cina hari tu aku tak dapat balik...sebab tiket flight mahal lah, sampai RM320, pastu macam tak berbaloi lah nak balik sekejap sangat, then datang balik sini. Sori, ai tak naik bas. HAHAH. Tak larat ah weh, sampai 8 jam sekali journey. Kalau pergi balik, mau confirm aku penat tahap maksima.

So hari Sabtu tu (kot, lupa lah), roomate aku tinggalkan daku keseorangannnnn uwaaa. Sampai hati dia tinggalkan aku semata-mata nak ikut member sorang lagi keluar. Setengah hari ok aku sangap. Haha. Ok lah, tak der lah terasa ke apa, tapi, grrrr, jeles ni! Hahaha

Anywya, aku dan sorang lagi kawan, buat tawaf satu campus (oh, aku duduk kat campus, in case you didn't know), nak cari kereta sewa. I mean ye lah, cuti kan beberapa hari, so mesti lah kereta sewa tu semua dah kena booked. Kereta sewa ada lah dalam 3 buah je kot...kitaorg ada dlm 160 orang...gilos apa.

Tapi alhamdulillah..last last dapat jugak bebbbb, gumbira gilossss. Dapat kereta tu pon rasa macam dapat surat nikah (haha motif surat nikah?). Kitaorg sewa satu kereta, sebab kitaorg ada berlima je perempuan perempuan ayu yang tersingkir di campus ini, rata-rata yang lain lain samada diorg balik rumah ataupon dah dpt kereta sewa.

Kitaorg sewa kereta dari pukul 8:30 malam hari tu, sampai 12 tengah malam keesokkan harinya...hahaha. Gila memang aku balas dendam habis habisan siot kat roomate aku. HAHAHAH. Padan muka hang, kah kah kah *ketawa ebil*

Then kitaorg pakat pulak dgn geng lelaki sengal (hahahaha), diorg dah ada kereta, so hari Isnin tu memang kitaorg ronggeng habis lah.

Memula pergi Sekayu Air Terjun, syiok gilossss. Mak gajah ni memula tanak masuk...sebab mesti lah susah nak tukar baju kannnn, tapi ai kenot very the tahan u knowww, air dia jernih, walaupon aku tau ada manusia dogol kat atas tu dah buat business kecil kecilan.


 
See see, very the best. (Tiba tiba english aku berterabur, apa kes)
Air yang nyaman dan cooling, tapi ada spot yang agak dalam lah..apa diorg panggil tu..pusar ke? 



 
  

Aku buat aksi meneran..hahah, ok sila focus ke budak baju putih belakang itu...haha, ok tak der motif aku suruh korang focus kat sana.



Lepas mandi manda, kitaorg pergi rumah sorang kawan ni, dia memang duduk Terengganu, dia ajak makan, so kitaorg pergi lah rumah dia. Wah, masuk masuk rumah je, perasaan aku terus jadi macam comfortable gila ok. Sebab macam dah lama sangat tak masuk rumah...walaupon itu bukan rumah aku. 

Ok sebenarnya bukan aku sorang je yang rasa macam tu, semua kawan kawan aku pon rasa macam tu. Nampak sangat masing masing homesick :(

Tak pe tak pe, tinggal seminggu je lagi. GO GO.

Dia masak nasik dagang, very the syiok one. Then kat rumah dia, ada lah incident memburu ular..haha, sebab dan dan je kitaorg masuk parking rumah, tiba tiba bapak dia (ke atok dia ke, ntah) tengah kejar ular...so si budak budak laki ni pon masing masing lah tunjuk macho...hahah. Ok, ular dia memang mengerikan, agak panjang lah jugak..boleh lilit buat tali pinggang. 

Gerun ok.

Lepas solat Isyak, kitaorg pergi..mana ah? Lupa..hahaha. Oh, Dataran Shahbandar..aku memborong kasut crocs RM25 tu siottttt. Dah sekian lama aku mencari, akhirnya, dapat jugak kat Terengganu. Jauh gila. 

Dah borong borong semua, kitaorg lepak pergi pantai pulak. Masa ni dah malam lah kan, sungguh lomantik gitu. Semua orang datang kat situ berdua dua, dating, kitaorg dtg 9 orang sekaligus..pastu bising bising buat macam pantai sendiri..haha, bengong. 

Then dalam pukul 11:30pm mcm tu, kitaorg bertolak pulak ke kedai makan kat tepi laut...hahah. 


 
 Masa tu mata aku dah kuyu...semua orang dah penat...bayangkan, masa ni pon dah pukul 12 lebih..then pukul 8:30 pagi ada kelas...haha..kitaorg semua pergi kelas dengan terhuyung hayang. 



Anyways, thank you Izie, Aishah, Alia (bukan aku), Pet, Ikhwan, Sheikh, Hafiz and Najmi for the oh-so-tiring day! Haha..

I lap u gais!

Nanti nanti kita buat macam ni sekali lagi yee! Walaupon ada sorang tu kena posting kat Kedah...kah kah kah *gelak ebil*

Wah, kejam sungguh aku.




2 comments:

  1. air terjun sekayu! i've been there, masa kursus awal2 masuk gomen la. best woo sana ;)

    ReplyDelete
  2. Air terjun....waaa it's been ages, nak mandi air terjun.....sini air panas je la hari2

    ReplyDelete


-------------------------------------------------
Thanks! Here's a cookie. :)
-------------------------------------------------